Wednesday, August 17, 2011

~Cara Bayar Zakat Fitrah Thru SMS (Utk Pengguna Maxis & Celcom Sahaja~

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Kt cni aku ad 1 info yg nk diwar2kn...Mungkin ada di antara kte yg xthu tentg pmbayaran zakat boleh dilakukn melalui SMS sahaja... dgn adanya kemajuan dri segi teknologi kt Malaysia ni, ianya telah mmbolehkan segala urusan dibuat dgn pantas..teknologi hnya dihujung jari...

Pembayaran zakat melalui SMS ini telah diperkenalkan sejak Ramadhan tahun 2008 lg..Penggunaan SMS ini telah dibenarkan mengikut keputusan FATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS...Pembayaran zakat ini juga boleh dilakukan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Prabayar & Pascabayar, Internet, Mesin ATM & Mesin E-Debit...

Penggunaan kemudahan pembayaran zakat menerusi SMS (Pengguna Maxis & Celcom sahaja) ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah2nya:

1. MAXIS: Taip FITRAH (Jarak) SELANGOR dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya.

2. CELCOM: Taip FITRAH (Jarak) SELANGOR dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya.

Kadar fitrah bagi negeri Selangor tahun ini adalah RM7.00 seorang. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dri laman berikut:

1. MAXIS: http://www.maxis.com.my/personal/latest/mzakat

2. CELCOM: http://www.mfitrah.celcom.net.my/mfitrah

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 29 Ogos 2011. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1432 Hijrah sehingga jam 8.00 malam sahaja.

*Tunaikanlah kewajipan kte sebagai seorang Muslim..=)

No comments:

Post a Comment